
Dalam konsep TMBP tidak ada bahan dan ramuan kecuali pengetahuan produk dan borang yang perlu diisi oleh pelanggan TM. Latihan produk akan diberi secara percuma. Malah produk ternama seperti TM, tidak perlu lagi buat pemasaran sebab semua orang dah tahu. Anda cuma terangkan syarat-syarat untuk melanggani produk TM. Tidak ada transaksi wang yang berlaku antara anda dan pelanggan. Setiap kali anda dapat pelanggan yang mahu melanggani produk-produk TM ini, anda hanya pastikan borang diisi dengan betul. Pelanggan bayar terus ke TM ikut bil bulanan. Ganjaran anda pula dibayar mengikut komisen yang telah ditetapkan.
Jumlah pendapatan Distributor untuk 1 pelanggan = RM 214
Produk-produk TM yang diberi hak pengedaran adalah seperti berikut:
Produk Perkhidmatan Telefoni, VOIP & Selular
Talian Tetap, Centrex, Mobile Homeline, Smart Call, SMI Link, ISDN, IPVPN, Leased Line,
Pascabayar Celcom
Produk Akses Internet
Streamyx, TMnet Direct, TMnet Hotspot, BB Phones
Produk Kad Prabayar
Kad iTalk, Kad Celcom X.pax, Kad Reload
Produk Portal dan Pengiklanan
BlueHyppo Gold Listing, BlueHyppo Platinum Listing, BlueHyppo Merchant InWorkers, BlueHyppo Merchant Yellow Pages Indonesia, BlueHyppo Merchant Touch n Go, BlueHyppo Merchant Maybank, BlueHyppo Merchant Astro,
Produk Pendidikan
Bestari Ed CD
SEMINAR PERCUMA TMBP
Jika anda berminat menjadi Usahawan Teknologi Telekomunikasi menerusi Program ini, anda perlu hadir Seminar Percuma Khas untuk TMBP. Walaupun begitu jangan lupa dapatkan KOD JEMPUTAN dahulu seperti tertera diatas. Tempat dan tarikh Seminar TMBP seterusnya adalah seperti berikut:
Setiap Sabtu
10.00 am - 12.00 pm (Sesi Pertama)
- Matlamat dan Agenda Program
- Hak Pengedaran
- Peluang dan ganjaran (termasuk komisen jualan setiap produk) yang bakal anda perolehi
- Kejayaan dan pengalaman usahawan
- Kaedah pembentukan saluran pengedaran produk telekomunikasi
12.00 pm - 1.00 pm (Sesi Kedua)
- Sesi assessment bersama AO (Assessment Officer). Sesi kedua ini tidak begitu formal. Sesi ini akan dipecahkan dalam kumpulan kecil agar bakal usahawan dapat diberi tumpuan kepada isu-isu yang memerlukan jawapan yang lebih mendalam. Ianya lebih kurang seperti sesi soal jawab secara terperinci. Misalnya jika anda ingin mengetahui bagaimana proses untuk mendapatkan pembiayaan. (Pembiayaan di sediakan bagi yang memerlukan)
- Jamuan ringan. Semasa jamuan ringan diadakan, bakal-bakal usahawan berpeluang berinteraksi dengan mereka yang sudah berkecimpung dalam bidang ini. Ambillah peluang berkenalan dan tanyakan pengalaman mereka ini.
Untuk lelaki, pakailah baju yang berkolar dengan kasut. Tidak perlu berlengan panjang atau pun bertali leher. Sedih juga apabila melihat ada yang datang pakai selipar sahaja. Bagi orang perempuan, janganlah pakai baju sampai yang menjolok mata. Pakailah yang bersesuaian dan kemas. Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan seminar.
KEMUSYKILAN
Sekiranya ada kemusykilan, sila hubungi:
- 012 - 512 0365
- 03 - 5633 3242
- emel: perosmaperosma@yahoo.com
WAJIB HADIR SEMINAR
Syarat-syarat untuk mengikuti program ini tidaklah begitu ketat. Walau pun begitu, syarat paling utama ialah - mesti hadir Seminar TMBP. Mereka yang tidak hadir seminar tidak dibenarkan menyertai program ini. Perlu dinyatakan seminar ini adalah percuma.
Seminar ini akan menggariskan matlamat dan agenda program, hak pengedaran, modal perniagaan, latihan dan ganjaran-ganjaran yang boleh diperolehi. Sekiranya anda mendengar dengan teliti semasa sesi pertama dan bertanya soalan yang bersesuaian pada sesi kedua, anda akan dapat merasai adakah program ini sesuai untuk anda ataupun tidak.
Anda juga akan dimaklumkan faedah-faedah lain yang anda akan dapati menerusi program ini. Tidak perlu risau sangat tentang modal. Walaupun perniagaan ini memerlukan modal, modal yang anda perlu ada, adalah sungguh kecil. Malah program ini menyediakan pembiayaan kepada mereka yang layak menerimanya.
INSENTIF TMBP
Bermacam-macam insentif diberikan dalam program ini untuk usahawan dan bakal-bakal usahawan. Antaranya, pengecualian yuran bagi tahun ke dua penyertaan dan penyertaan Program Pengedaran Antarabangsa yang di panggil International Telecommunication Business Programme (ITBP). Malah, jika anda melepasi syarat tertentu, anda berpeluang (dua orang) melancong ke Jakarta dengan semua perbelanjaan ditanggung oleh Syarikat. Anda juga diberi 3,000,000 rupiah untuk membeli belah.
KELEBIHAN TMBP
Banyak kelebihan yang boleh dikatakan berkenaan program ini. Antaranya adalah:
- Pembiayaan modal diberi kepada yang layak.
- Memberikan pulangan tertinggi kepada usahawan.
- Pengetahuan teknikal tidak diperlukan untuk berjaya dalam program ini.
- Kemudahan latihan disediakan.
- Membuka inTeleca Shoppe sendiri.
- Digalakkan mempunyai rangkaian pengedaran sendiri.
- Pemberian insentif diberi.
Strategi Perniagaan
Strategi terbaik untuk memastikan anda mendapat pulangan paling lumayan ialah dengan mempunyai rangkaian pengedar dan agen anda di setiap pelusuk tanah air. Lebih banyak jualan dilakukan oleh anda dan rangkaian anda, lebih besar keuntungan anda. Anda memang digalakkan mempunyai rangkaian yang besar. Malah setiap pengedar atau pun agen yang aktif mengedar produk-produk TM akan memberi anda keuntungan yang lumayan. Perlu dinyatakan disini, Program ini bukan program MLM. Jika anda memahami bagaimana syarikat-syarikat besar seperti minuman coca-cola, pepsi cola atau pun syarikat-syarikat rokok mengedar produk mereka agar sampai ke setiap pelusuk negara, maka konsep rangkaian yang serupa digunakan dalam program ini. Tujuan diadakan konsep sedemikian ialah mempastikan komisen yang diberikan sentiasa memuaskan tanpa membebankan pelanggan dengan harga yang tinggi.