Sunday, May 10

TELEKOM MALAYSIA BUSINESS PROGRAMME



Telekom Malaysia Business Programme (TMBP) pada 1 Jun 08, telah pun mencapai sasarannya untuk mengambil 250 Distributors Kelas A. Dengan pencapaian tersebut, bermula 14 Jun 08, program ini telah digantikan dengan PROGRAM TELEKOMUNIKASI ANTARABANGSA atau lebih dikenali sebagai International Telecommunication Business Programme (ITBP). Walaupun begitu, sekiranya masih ada lagi mereka yang ingin menyertai program TMBP, Inteleca hanya akan menerima mereka yang ingin menjadi Agen. Semua prosedur untuk menyertai program ini tetap sama, kecuali kehadiran taklimat yang selalunya dilakukan di Menara TM akan dilaksanakan di bangunan Pejabat Inteleca Sdn Bhd. Pejabat Inteleca adalah di The Mines Waterfront Business Park, Seri Kembangan, Selangor. Mereka yang ingin mendengar seminar TMBP masih memerlukan Kod Jemputan. Cara mendapatkan Kod Jemputan adalah seperti yang tercatit di bahagian "MAHU JADI USAHAWAN TEKNOLOGI TELEKOMUNIKASI". Ketika ini, seminar TMBP diadakan setiap hari pada waktu yang sesuai untuk semua pihak.

Kepada bakal-bakal usahawan yang ingin menceburi perniagaan ini, anda dinasihatkan untuk terus menyertai PROGRAM TELEKOMUNIKASI ANTARABANGSA. Program ini yang baru dilancarkan secara rasmi pada 14 Jun 08, memberi pulangan yang jauh lebih baik. Dengan pelan pemasarannya yang dinamik, anda dijangka mendapat pendapatan yang jauh lebih lumayan. Walaupun begitu, kejayaan anda bergantung kepada satu syarat. Syaratnya ialah anda perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Untuk berjaya, anda perlu mempunyai ciri-ciri Usahawan sebenar. Baik dari segi sikap maupun sifat. Anda mampu membentuk ciri-ciri dan nilai-nilai yang dikehendakki ini sekiranya anda ikhlas pada diri anda. Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam. Sebagai Usahawan anda mesti mempunyai matlamat, strategi dan perancangan secara bertulis. Bersedia untuk mencari ilmu dan pengalaman sepanjang masa demi meningkatkan kemahiran anda berniaga. Mempunyai disiplin diri yang kuat. Cekal serta kental dan mempunyai kesungguhan untuk capai matlamat. Sentiasa berdaya saing dan berdaya maju. Pandai mengurus masa dan kewangan. Anda juga dinasihatkan mencari mentor yang berjaya untuk membantu anda mengharungi dunia yang mungkin baru bagi anda.

Peluang sudah di depan mata. Apa lagi? Jangan cari alasan jika ingin berjaya. Bak kata Brian Tracy, dalam bukunya The Psychology of Selling, "Fear and self-doubt have always been the greatest enemies of human potential". Sementara, T. Harv Eker, dalam bukunya, Secrets of the Millionaire Mind berkata, "Rich people act in spite of fear, poor people let fear stop them". Sebagai usahawan anda sepatutnya berani menghadapi risiko. Anda perlu bersikap positif dan yakin akan keupayaan anda.


Pastikan semua matlamat anda realistik dan boleh dicapai dalam satu jangka masa yang sesuai. Bak kata Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Muhammad Zakaria dalam bukunya, Langkah Bijak Usahawan Terbilang, "Matlamat tidak boleh kabur. Matlamat hendaklah sentiasa jelas dan terang". Pastikan juga strategi yang anda gunakan menjurus kearah kejayaan matlamat. Akhir sekali, pastikan semua perancangan dan strategi yang telah diolah tadi dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Anda perlu percaya dan yakin pada perancangan dan juga diri anda. Bak kata Napoleon Hill, "Whatever the mind of man can conceive and believe, it can achieve". Jadikan bekerja bersungguh-sunguh tadi sebagai satu budaya dan tabiat bekerja. Semasa membuat perancangan, anda perlu tahu apakah 'critical success factor' dalam perancangan anda demi mencapai kejayaan matlamat.

Sebarang keraguan hubungi di talian yang di sertakan di bahagian "MAHU JADI USAHAWAN TELEKOMUNIKASI".

Bagi anda mendapatkan "TIPS" keusahawanan dalam bidang Teknologi Telekomunikasi, layarilah laman "Blog Usahawan Teknologi Komunikasi".


Selamat Tahun Baru. Semoga semua tindakan berjalan seperti yang dirancang.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Berhati-hati di jalan raya.

Dewan Seminar 19/4/08

Dewan Seminar 19/4/08
Tempat Terhad - Hanya yang ada Kod Jemputan dibenarkan masuk

Master Distributor Yang Berjaya

Master Distributor Yang Berjaya
Mempunyai semangat menakjubkan

Master Distributor

Master Distributor
Sentiasa berada di Menara TM